Burung
Walit atau layang layang sememangnya bukan sesuatu yang asing buat kaum
cina kerana ia menjadi salah satu makanan eksotik kaum cina sejak dulu
lagi. Harga sarang burung walit dari Malaysia mencecah ribuan ringgit
sekilo bagi sarang yang telah dibersihkan. Malah kerajaan mensasarkan
industri burung Walit Malaysia memperoleh pulangan berbilion ringgit
setahun. Jangan terkejut jika ianya berharga diantara RM4000 hingga RM18,000 sekilo!
Kini 90% industri ini dikuasai oleh kaum bukan bumiputera. Kini
dengan s0kongan dari jabatan terlibat, semakin ramai bumiputera yang
terlibat dalam industri berbilion ringgit ini.
Saya masih ingat ketika berjalan jalan di bandar Kuala Terengganu
pada waktu pagi, pasti ada kedegaran bunyi kaset memanggil burung walit
ke tempat ternakannya diatas bangunan di sekitar bandar Kuala
Terengganu. Saya tidak pasti ia masih berlaku sekarang ni. Rasanya masih
ada kot. Ia dilakukan oleh usahawan cina dengan mengunakan sumber yang
sedikit.
Kini, banyak kedai kedai yang disewakan terutamanya di tingkat atas
dijadikan tempat ternakan burung walit. Saya tengok keadaan ini di
beberapa tempat seperti di Taiping berdekatan dengan Giant Taiping.
Kedai kedai ditingkat atas diubahsuai dan dijadikan tempat ternakan
burung walit ini. Pulangan yang besar menyebabkan ia menjadikannya
pilihan kepada mereka yang berpandangan jauh. Dengan bermodalkan
beberapa ribu ringgit, pulangan yang diperolehi boleh mencecah puluhan
ribu ringgit.
Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Anda juga boleh download Panduan Penternakan Burung Walit ini di http://www.jphpk.gov.my/Malay/walit.pdf.pdf .
Perjuangan meneroka ilmu, pengetahuan dan kemahiran. Merubah masa depan menjadi usahawan berjaya...'Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan dia sendiri yang merubahnya'...Kepada Allah aku bertawakkal...amin
Sabtu, 4 Februari 2012
Panduan Ternakan Puyuh
Panduan Ternakan Puyuh
Pendahuluan
Burung puyuh adalah sejenis ternakan yang mudah dipelihara berdasarkan kepada perkara berikut:-
- Tidak memerlukan modal permulaan yang besar
- Boleh dipelihara oleh anggota keluarga di perkarangan rumah
- Cepat dapat hasil iaitu 6 minggu
- Memerlukan makanan yang kurang iatu 780 – 1 kg (6 minggu)
- Tidak banyak masalah penyakit
- Daging puyuh dan telur mengandungi zat yang tinggi
- Jarak generasi pendek (5 – 6 pusingan setahun).
Perancangan Projek
- Kos/Modal
- Ladang
- Pengurusan
- Pasaran
Keempat-empat perkara ini sentiasa bergandingan bagi mencapai kejayaan disamping sikap dan kesanggupan penternak itu sendiri. Jika salah satu daripada perkara ini diabaikan besar kemungkinan usaha menternak akan menemui kegagalan.
Kos/Modal
Diperlukan untuk:-
- Kos tetap iaitu Reban/bangsal, peralatan makan minum, alat pemanas dan sebagainya.
- Kos berulang iaitu Makanan, air, gas/letrik , ubatan dan sebagainya.
Ladang
Pemilihan kawasan:-
- Keluasan tanah
- Saliran yang sempurna. Tidak mudah banjir
- Jauh dari kawasan perumahan/perindustrian
- Jauh dari kawasan penternakan lain
- Mempunyai kemudahan jalanraya, bekalan letrik dan air
- Berdekatan dengan pengguna/mempunyai pasaran
Sistem dan Bentuk Perumahan:-
- Sistem Lantai Atas : Menggunakan sangkar bertingkat
- Sistem Lantai Bawah : Menggunakan bangsal/reban
Bangsal/Reban
Mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-
Mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-
- Peredaran udara yang sempurna
- Saiz yang bersesuaian dengan jumlah yang hendak dipelihara. 1 ekor = 20 ” persegi
- Kedudukan reban sebolehnya ditempat sunyi (tiada ganguan), terlindung dari matahari terik (arah Timur-Barat), cuaca buruk dan musuh.
Peralatan
- Bekas makanan ( dulang dan palung untuk anak serta bekas makanan yang boleh digantung
- Bekas minuman
- Tirai/Bidai
- Alat pemanas. Hover ( 1 utk 1000 ekor) atau Bal eletrik (15 watt – 1 utk 50 ekor) atau
lampu minyak. - Habok papan (kasar) atau sebagainya (jika menggunakan lantai bawah.
- Kertas untuk alas lantai (semasa perindukan jika menggunakan lantai atas)
- Alat pembentung (lantai bawah)
- Guli atau batu (untuk dimasukkan dalam bekas minum untuk mengelakkan anak puyuh masuk)
Pengurusan
* Baka
Jenis
|
Asal
|
Umur Jualan
|
Bob White
|
US
|
6-16 minggu
|
Contrunix Japonica
|
Japan
|
6 minggu
|
Cross bred
|
Tempatan
|
6 minggu
|
IKTA
|
JPH
|
6 minggu
|
Pemakanan
Jenis makanan yang boleh digunakan ialah:-
- Quail Starter Mash serta Quail Finisher Pellet atau
- Broiler Starter Mash atau Broiler Starter Crumblers atau Broiler Finisher Pellet
Keperluan Zat Makanan Untuk Puyuh Pedaging:
- Tenaga = 2600 – 3200 ME
- Protin Kasar = 24 – 25 %
Cara Pemberian
Cara Pertama
- 1 hari – 14 hari – Quail starter Mash
- 15 hari hingga jual – Quail Finisher Pellet
Cara Kedua
- 1 hari hingga jual – Broiler Starter Mash/Crumbles atau
- - Quail Starter Mash
Cara Ketiga
- 1 hari hingga 21 hari – Broiler Starter Mash
- 22 hari hingga jual – Broiler Finisher Pellet
Perindukan
Pastikan anak puyuh diberi keperluan seperti berikut:-
- Haba. Minggu 1 suhu 95 F (35 C) dan minggu 2 suhu 90 F (32 C) atau lihat taburan anak puyuh
- Pasangkan bidai padaa waktu siang dan malam sehingga umur 1 minggu. Minggu 2 pada waktu malam atau hujan sahaja
- Sediakan lampu pada masa perindukan dan waktu malam
- Bekas makanan/minuman mencukupi dan pastikan makanan/air sentiasa ada
- Selalu ganti alas lantai yang basah atau kotor
- Buang alas lantai apabila kaki anak puyuh tidak bolos dilantai perindukan (jika lantai atas)
- Pindahkan anak puyuh ke sangkar membesar pada umur 2 minggu (jika menggunakan kotak perindukan)
- Besarkan pembentung pada minggu 2 supaya kawasan anak puyuh tidak sempit
- Sediakan rekod dan rekodkan semua aktiviti harian.
Membesar
- Keluarkan semua punca haba, bidai dan pembentung
- Pastikan air/makanan sentiasa ada
- Naikkan bekas makanan sama paras dengan belakang puyuh untuk mengelakan pembaziran
makanan - Elakkan sebarang kematian berpunca daripada pemangsa jenis dan pengurusan
- Jual pada umur yang ditetapkan
- Rekod semua aktiviti harian.
Pengurusan Rekod
Terdapat 2 jenis rekod iaitu Rekod Pengurusan dan Rekod Kewangan
Rekod Pengurusan
Catatkan yang perlu ada antaranya:-
- Kumpulan pemeliharaan – kali ?
- Baka
- Punca penetasan/tempat dibeli
- Pengeluar makanan/jenis makanan, jumlah dibeli
- Tarikh terima/beli puyuh
- Bilangan yang dibeli
- Tarikh/bilangan dijual
- Berat puyuh dijual
- Bilangan mati
- Lain-lain.
Rekod Kewangan
Catatan yang perlu ada antaranya:-
- Hasil/Jualan
-Tarikh, bilangan, berat, harga,pendapatan - Perbelanjaan Operasi
- Kos anak puyuh, makanan, ubatan, gas/minyak/letrik, air, upah, faedah bank, susut - nilai bangunan dan peralatan
- Keuntungan/Kerugian
- Hasil (pendapatan)/Perbelanjaan
Pemasaran
Strategi Pemasaran
Terdapat empat faktor yang penting yang perlu dilakukan oleh penternak di dalam urusan perniagaan
- Tempat
- Menguntungkan jika berdekatan dengan kawasan pasaran
- Tiada masalah kemudahan air dan letrik
- Dapat mengkaji persaingan di antara penternak dan potensi pasaran
- Ada kemudahan peti sejuk dan mesin memproses - Pengeluaran
- Boleh dijual dalam bentuk hidup dan telah diproses - Harga
- Harga berbeza mengikut kawasan, pasar, restorn, hotel dan lain-lain
- Rangkaian pasaran biasanya ialah penternak, pemborong, peruncit dan pengguna. Setiap proses ini akan mempengaruhi harga jualan. Untuk mendapatkan harga yang tinggi , penternak perlu mengurangkan rangkaian ini. - Pengiklanan/Promosi
- Boleh dilakukan melalui media cetak dan sebagainya bertujuan memberitahu barangan yang hendak dijual.
Aktiviti Pemerosesan ” Down Stream”
- Puyuh Siap Diproses – dipek dan disejukbeku
- Pemotongan
- Dipotong memanjang kepada 2 bahagian
- Dipotong memanjang dari belakang atau dada tetapi tidak dicerai
- Dipotong mengikut permintaan
Puyuh hendaklah dipotong selepas menjalani “kekejongan” (4 – 24 jam selepas
disembelih) untuk mengelakkan karkas menjadi liat dan menjaga kualiti karkas.
disembelih) untuk mengelakkan karkas menjadi liat dan menjaga kualiti karkas.
- “Breading ”
- Saiz penting untuk mudah melekat dan rupa
- Biasanya halus atau sederhana
- Penambahan paprika atau rempah lain menambah rasa dan rupa - “Predust”
- Cara melekatkan ‘breading’ ke kulit
- Puteh telor kering, tepong beras, wheat gluten
- jangan terlalu tebal kerana susah untuk membasahi dan melekat ke karkas
“Batter”
- Diperbuat dari tepong gandum, air garam dan lada hitam
- kepekatan penting untuk penerimaan kelekatan bahan breading (1 tepung + 1 air)
- Diperbuat dari tepong gandum, air garam dan lada hitam
- kepekatan penting untuk penerimaan kelekatan bahan breading (1 tepung + 1 air)
Tempat rujukan :
Penyelidik:
Muhammad Afifi Hairulazam
...3 Feb 2012...
SKIM KONTRAK TERNAKAN AYAM DAGING
SKIM KONTRAK TERNAKAN AYAM DAGING
A. Apakah skim kontrak ternakan ayam tersebut?
Perusahaan ayam di negara ini telah maju setapak lagi dengan wujudnya sistem integrasi ternakan ayam daging. Pemeliharaan ayam daging berkontrak adalah sebahagian daripada sistem integrasi ternakan ayam tersebut. Di dalam sistem integrasi ternakan ayam daging, beberapa komponen seperti ladang ayam pembiakan dan penetasan, pengilang makanan ternakan, kesihatan ternakan, loji pemprosesan, pengembangan dan pemasaran ayam adatah dikawal oleh sesebuah syarikat yang besar yang juga dikenali sebagai integrator. Pemeliharaan ayam daging biasanya dilakukan oleh penternak secara kontrak di bawah kelolaan integrator tersebut.
Secara ringkas struktur organisasi sistem integrasi ternakan ayam daging adalah seperti Rajah 1.
INTEGRATOR
| <-- Ladang Ayam Pembiakan
| <-- Pusat Penetasan
| <-- Kilang Makanan
| <-- Kesihatan & Khidmat Nasihat
| <-- Loji Memproses/Prosesan Lanjutan
| <-- Pemasaran
|
Pemeliharaan |
PENTERNAK ---> dan -------->|
Pengeluaran |
Ayam Daging |
V
PENGGUNA
Rajah 1: Struktur Organisasi Sistem Integrasi Ternakan Ayam Daging
B. Siapakah integrator-integrator ini?
Mereka ini terdiri daripada Kentucky Fried Chicken (KFC), Pertanian Charoen Pokphand (CP), Goldkist, Leong Hup, Cargill dan Malayan Flour Mills (MFM}.
C. Apakah peranan saya di dalam integrasi ayam daging ini sebagai seorang penternak?
Peranan anda ialah memelihara anak-anak ayam dengan makanan dan lain-lain input yang telah dibekalkan oleh integrator kepada anda. Tetapi sebelum anda dibekalkan dengan segala input yang isebutkan, anda mestilah menandatangani surat perjanjian atau kontrak dengan pihak integrator terlebih dahulu.
D. Kenapa berkontrak?
Penternak hendaklah bersetuju memelihara anak-anak ayam dengan menggunakan makanan/ubat-ubatan dan mematuhi syarat-syarat dan nasihat yang diberikan oleh integrator. Harga anak ayam dan makanan termasuk harga ayam akan ditetapkan. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat dan harga anak ayam, makanan dan harga ayam daging yang akan dibeli semula oleh integrator, anda akan diminta menandatangani surat perjanjian atau kontrak dengan pihak integrator.
E. Apakah kebaikan menyertai skim kontrak ini daripada menternak ayam sendirian?
1. Anda tidak memerlukan modal yang banyak untuk memulakan projek. Anda cuma perlu membiayai pembinaan reban dan peralatan serta bekalan api dan air.
2. Sebagai seorang penternak kontrak, anda tidak perlu bimbang ke mana ayam daging anda yang telah cukup umur dan beratnya hendak dijual. Ini kerana pihak integrator akan membeli semula ayam-ayam daging yang telah anda pelihara.
3. Masalah turun naik harga yang sentiasa berlaku tidak akan menjejaskan anda. Anda akan dibayar dengan harga di ladang yang telah ditetapkan seperti yang terdapat di dalam kontrak anda dengan pihak integrator.
4. Bekalan anak ayam, makanan, ubat-ubatan dibekalkan kepada anda secara kredit. Input-input ini akan dibayar kepada integrator selepas ayam anda dijual kepada integrator tersebut.
Apabila kontrak telah ditandatangani dan reban serta peralatan-peralatan lain telah disediakan, anak ayam dan makanan akan terus dihantar ke reban anda.
F. Berapa lamakah satu-satu kontrak tersebut?
Ada yang mengikat kontrak untuk 1 atau 2 tahun. Tetapi, jika anda seorang penternak yang baik dari segi prestasi pemeliharaan ayam daging tersebut, kontrak tersebut boleh diperbaharui selepas ia tamat.
Tetapi jika anda didapati tidak memelihara ayam-ayam daging dengan baik dan selalu cuai dan rugi, kontrak anda boleh dibatalkan bila-bila masa oleh pihak integrator.
G. Bagaimana caranya untuk mendapatkan kontrak tersebut?
- Anda mestilah mempunyai tanah yang sesuai dan yang boleh dimasuki oleh lori. Jika tidak terdapat jalan yang sesuai, sukar bagi lori untuk masuk menghantar anak ayam dan makanan ke reban.
- Anda juga mestilah mempunyai modal yang cukup untuk mendirikan reban mengikut panduan daripada pihak integrator, membeli peralatan bekas makanan dan minuman dan lain-lain serta kemudahan air dan api.
- Hubungilah integrator yang bergiat menjalankan skim ini dan berdekatan dengan tempat anda. Tetapkan temujanji untuk pihak integrator pergi melihat tanah yang anda cadangkan sebagai tapak ternakan ayam daging kontrak tersebut.
Jika pihak integrator telah bersetuju dengan tapak tanah dan anda bersetuju dengan syarat-syarat kontrak, anda bolehlah menandatangani kontrak sebelum reban didirikan.
H. Adakah latihan dan pengalaman diperlukan?
Ya. Malah jika anda telah dilatih untuk menternak ayam daging secara komersial, peluang anda untuk mendapatkan kontrak adalah lebih cerah lagi. Tetapi latihan saja bukanlah syarat yang utama untuk mendapatkan kontrak. Malah ramai penternak yang telah berjaya tidak pernah mendapat latihan yang formal.
I. Siapakah yang menyediakan latihan?
Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Pergilah ke Pejabat Haiwan yang berdekatan untuk maklumat lanjut tentang kursus dan tarikh yang sesuai untuk anda.
J. Di manakah latihan ini dijalankan?
Jabatan Perkhidmatan Haiwan anda mempunyai 3 buah pusat untuk memberi latihan yang anda pertukan untuk menternak ayam daging secara komersial. Pusat-pusat tersebut adalah seperti berikut:
1. Pusat Latihan dan Ternakan Ayam Cheras, Selangor.
2. Pusat Latihan dan Ternakan Ayam Ayer Keroh, Melaka.
3. Pusat Latihan dan Ternakan Ayam di Marang, Kuala Terengganu, Terengganu.
Kursus ayam daging secara komersial yang dijalankan memakan masa selama 6 minggu.
K. Selepas penternak menyediakan reban dan peralatan yang diperlukan, apa pula peranan integrator?
Anak ayam dan makanan akan dihantar ke reban anda. Selain daripada. membekalkan anak ayam, makanan, ubat-ubatan dan khidmat nasihat, integrator akan memasarkan ayam-ayam yang telah anda pelihara dengan harga yang telah ditetapkan, seperti di dalam kontrak yang telah anda dan kontraktor persetujui dan tandatangani.
Ladang Penternak Ayam Kontrak
L. Bolehkah saya mengetahui syarat-syarat kontrak secara am?
Di antara syarat-syarat utama yang perlu anda sebagai penternak patuhi adalah seperti berikut:-
1. Tidak membeli anak ayam dan makanan secara kredit daripada integrator/syarikat lain.
2. Memelihara ayam-ayam yang dibekalkan dengan baik.
3. Tidak menjual ayam-ayam atau makanan yang dibekalkan kepada orang lain.
4. Bertanggungjawab ke atas semua kos yang terlibat sehingga ayam yang dipelihara dijual.
5. Menjaga kebersihan ladang dan pengurusan seperti yang dikehendaki oleh integrator.
Selain daripada syarat-syarat am di atas, pihak integrator mungkin ada syarat-syarat yang lebih khusus lagi. Pastikan anda telah benarbenar faham dengan kontrak sebelum ianya dipersetujui. Sebagai contoh, ada pihak integrator yang mahukan anda menghantar ayam ke pusat pemprosesan dengan berat badan yang telah ditetapkan di dalam kontrak.
Syarat-syarat yang telah ditetapkan hendaklah dipatuhi. Prestasi penternakan anda juga adalah diawasi oleh integrator. Jika anda tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan prestasi penternakan anda pula rendah, kontrak anda mungkin dibatalkan pada bila-bila masa.
M. Bagaimana mendapatkan keuntungan dari sistem kontrak?
1. Jika anda adalah penternak yang masih baru dan belum berpengalaman, mulakan ternakan anda dengan bilangan minima yang ditetapkan oleh integrator. Tetapi, apabila telah berpengalaman, tingkatkan bilangan ayam yang anda pelihara. Jika anda seorang penternak yang gigih dan dibantu pula oleh keluarga, 10,000 ekor ayam bagi satu pusingan adalah dicadangkan (setahun anda boleh memelihara sebanyak 5 pusingan).
2. Kurangkan kematian di bawah paras 4% sahaja untuk memperbaiki keuntungan bersih.
3. Jangan membazir makanan. Sentiasa periksa kedudukan bekas makanan ayam anda. Kedudukan bekas makanan yang terlalu rendah bagi ayam yang telah berumur 2 minggu ke atas menyebabkan makanan terbuang dan akan menyebabkan pembaziran.
4. Pastikan sistem pengurusan, termasuk kesihatan ayam yang dipelihara sentiasa diberi perhatian.
N. Siapakah yang menyediakan ubat-ubatan dan khidmat nasihat?
Pihak integrator. Malah pihak integrator akan menghantar wakil-wakil mereka untuk memberi khidmat nasihat yang anda perlukan.
O. Dari mana pelan dan anggaran kos reban ayam boleh diperolehi?
Kebanyakan integrator mempunyai pelan reban yang mana anda terpaksa ikuti. Anggaran kos mendirikan reban juga~ada disertakan.
P. Saya ingin menternak 5,000 ekor ayam, berapa banyakkah modal untuk reban dan peratatan yang diperlukan untuk menternak ayam?
Oleh kerana harga bahan-bahan seperti kayu, atap, upah dan lain-lain adalah berbeza mengikut tempat, anda mestilah mempunyai modal di antara $15,000 – $20,000 untuk reban dan peralatan yang diperlukan.
Q. Adakah integrator menetapkan bilangan minima ayam daging yang ingin dipelihara?
Ada. Kebanyakan integrator bersetuju mengadakan kontrak dengan anda jika anda ingin memelihara di antara 3,000-4,000 ekor ayam daging satu pusingan.
Pastikan dengan integrator yang telah anda pilih berapa bilangan minima ayam daging yang membolehkan anda memulakan ternakan secara kontrak tersebut.
R. Berapa kali pemeliharaan boleh didapati bagi setahun?
Ia bergantung kepada kontrak. Jika kontrak yang anda perolehi memerlukan ayam berumur 35 – 40 hari, anda boleh memelihara sehingga 6 kali setahun. Tetapi, jika anda dikehendaki memelihara sehingga 45 – 50 hari, anda boleh memelihara sebanyak 5 kali pusingan/tahun.
S. Jika saya kekurangan wang sebagai modal untuk pembinaan reban dan pembelian peralatan yang diperlukan, bolehkah saya meminjam daripada bank?
Boleh. Tetapi biasanya bank akan membiayai 60 – 70% daripada modal keseluruhan untuk tujuan pembinaan reban dan pembelian peralatan tersebut. Hubungilah bank yang berdekatan untuk keterangan lanjut.
T. Adakah skim kontrak ternakan ayam daging ini menguntungkan?
Tentu sekali. Secara am anda boleh mendapati 30 – 40 sen untung bersih bagi setiap ekor ayam yang anda jual. Jika kematian ayam rendah, mungkin anda boleh mendapat untung yang lebih tinggi lagi. Pastikan makanan ayam daging yang dibekalkan digunakan dengan cekap agar kadar tukaran makanan (FCR) anda mencapai 2.0 – 2.1 pada berat ayam 2 kg hidup.
U. Apakah kadar tukaran makanan atau FCR tersebut?
Kadar tukaran makanan, atau FCR itu ialah satu nilai yang menggambarkan banyak makanan yang diperlukan oleh seseekor ayam untuk menukar makanan kepada daging. Sebagai contoh, jika kadar tukaran makanan ayam daging anda 2.2, ini bermakna anda terpaksa memberi 2.2 kg makanan untuk ditukarkan menjadi 1 kg daging.
Kadar tukaran makanan ini bergantung kepada beberapa faktor. Di antaranya:-
1. Kuatiti dan baka anak ayam
2. Kualiti dan jenis rnakanan yang diberikan
3. Kadar kematian.
4. Pembaziran makanan akibat daripada kecuaian untuk menetapkan ketinggian bekas makanan.
5. Pengurusan keseluruhannya termasuk status penyakit di ladang ternakan.
Oleh kerana kualiti makanan dan anak ayam yang diberikan oleh pihak integrator adalah terjamin, anda mestilah mengawasi kadar kematian ayam-ayam daging yang anda pelihara. Jika ayam yang ada pelihara mati, makanan yang selama ini diberikan kepada ayam tersebut adalah sia-sia sahaja. Ini yang menyebabkan kadar tukaran makanan ayam daging anda menjadi 2.5 atau 2.6 dan sebagainya.
Kadar tukaran makanan yang baik adatah dalam lingkungan 2 pada berat badan 2 kg, iaitu ayam daging anda memerlukan 2 kg makanan untuk ditukar menjadi 1 kg daging.
V. Adakah penternak yang mengalami kerugian daripada kontrak ayam daging ini dan kenapa?
Ada. Terdapat beberapa sebab. Di antaranya disebabkan oleh:
1. kematian yang melebihi 5%
2. kadar tukaran makanan sehingga melebihi 2.25 pada berat badan kg. 2 (hidup)
W. Adakah pihak integrator datang menangkap ayam yang telah cukup berat dan umurnya.
Tidak semestinya. Ada integrator yang datang menangkap ayam di reban. Tetapi, ada juga yang mahukan anda menghantarnya ke loji pemprosesan ayam.
X. Oleh kerana sema input diberi secara kredit, bagaimana hutang terhadap integrator diselesaikan?
Sebelum ayam anda dikeluarkan oleh integrator dari ladang atau selepas ayam tersebut sampai di loji pemprosesan, ayam akan ditimbang. Pendapatan anda akan ditentukan. Pihak integrator akan menolak semua kos anak ayam, makanan, ubat-ubatan yang telah anda gunakan. Bakinya adalah milik anda. Tetapi jangan lupa selesaikan hutang bank anda terlebih dahulu, jika anda masih belum habis menjelaskan hutang untuk pembinaan reban dahulu.
Y. Bagaimana boleh berjaya dalam ternakan ayam daging berkontrak
1. Anda mesti lah seorang yang berdisiplin dan bersungguh-sungguh semasa menjalankan kontrak ternakan tersebut.
2. Sistem kontrak ini bukan tajaan kerajaan. Pihak integrator tidak akan meneruskan kontrak jika anda didapati tidak berminat untuk meneruskannya. Prestasi anda sentiasa diawasi.
3. Untuk mencapai kejayaan dan keuntungan, anda mestilah meneruskan projek ini sekurang-kurangnya selama 5 tahun berturut-turut. Jika selepas 1 atau 2 pusingan ancla berhenti atau diberhentikan, hutang dari pinjaman anda pun tidak mungkin habis dibayar.
Z. Bagaimana untuk mendapat keterangan lanjut?
Disertakan senarai integrator serta alamat dan nombor telefon untuk tindakan anda seterusnya. Hubungilah pegawai yang menguruskan ternakan secara kontrak di alamat yang disediakan.
Penyelidik:
Muhammad Afifi Hairulazam
KV Poultri
3 Februari 2012
Langgan:
Catatan (Atom)