Sabtu, 4 Februari 2012

Penternakan Burung Walit Memang Lumayan

Burung Walit atau layang layang sememangnya bukan sesuatu yang asing buat kaum cina kerana ia menjadi salah satu makanan eksotik kaum cina sejak dulu lagi. Harga sarang burung walit dari Malaysia mencecah ribuan ringgit sekilo bagi sarang yang telah dibersihkan. Malah kerajaan mensasarkan industri burung Walit Malaysia memperoleh pulangan berbilion ringgit setahun. Jangan terkejut jika ianya berharga diantara RM4000 hingga RM18,000 sekilo!
Kini 90% industri ini dikuasai oleh kaum bukan bumiputera. Kini dengan s0kongan dari jabatan terlibat, semakin ramai bumiputera yang terlibat dalam industri berbilion ringgit ini.
burung walit
Saya masih ingat ketika berjalan jalan di bandar Kuala Terengganu pada waktu pagi, pasti ada kedegaran bunyi kaset memanggil burung walit ke tempat ternakannya diatas bangunan di sekitar bandar Kuala Terengganu. Saya tidak pasti ia masih berlaku sekarang ni. Rasanya masih ada kot. Ia dilakukan oleh usahawan cina dengan mengunakan sumber yang sedikit.
Kini, banyak kedai kedai yang disewakan terutamanya di tingkat atas dijadikan tempat ternakan burung walit. Saya tengok keadaan ini di beberapa tempat seperti di Taiping berdekatan dengan Giant Taiping. Kedai kedai ditingkat atas diubahsuai dan dijadikan tempat ternakan burung walit ini. Pulangan yang besar menyebabkan ia menjadikannya pilihan kepada mereka yang berpandangan jauh. Dengan bermodalkan beberapa ribu ringgit, pulangan yang diperolehi boleh mencecah puluhan ribu ringgit.
Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Anda juga boleh download Panduan Penternakan Burung Walit ini di http://www.jphpk.gov.my/Malay/walit.pdf.pdf .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan